Wednesday, September 16, 2009

Perjuangan Yang Letih

Hidup dalam dunia teater NGO ni bukan mudah. Orang nampak mungkin senang. Siang kerja, malam pergi latihan hu ha hu ha gelak, habis balik lepak kedai makanan Siam (sori, kami tak lepak kedai mamak sebarangan macam orang KL). Kalau yang kerja malam, terpaksalah ponteng latihan.

Dulu waktu bujang, teater itu dunia. Tak kisah nak buat apa, tak kisah nak balik bila, tak kisah nak tidur kat mana. Sekarang dah ada tanggungjawab, maka semua tu dah berubah.

Dulu buat teater sebab seronok, boleh enjoy (ada batasnya). Buat teater tak stress pun. Dan sekarang pun taklah stress sangat. Cuma halatuju dan objektif tu dah berubah.

Tapi itu semua dulu. Makin lama aku bergelumang dalam dunia teater ni, makin luas kehendak aku. Tapi aku sendiri tidak tahu sama ada kehendak aku itu boleh tercapai atau tidak.

Aku mahukan teater jadi satu industri. Ala broadway pun jadilah. Tapi mampukah tercapai? Tanpa sokongan dan usaha banyak pihak, tak ada guna cakap berbuih mulut macam Shabery Chik lawan Anuar Ibrahim.

Aku mahukan audien yang intelek. Kalau tak intelek sangat pun, yang terbuka mindanya dan mahu berfikir. Mungkin ada, mungkin tidak ada. Broadway pun banyak muzikal saja. Kalau ada cerita-cerita lain pun kebanyakkannya komedi. Tak percaya cuba semak calon anugerah Tony Award. Berapa kerat sangat yang eksperimental atau artistik yang tinggi. Tapi kita tak perlu tiru broadway. Kita dengan acuan kita. Biarlah kita ada audien yang tahu menghargai dan menghayati teater, walau dalam apa bentuk sekali pun. Ada kah?

Dalam skop yang lebih kecil, aku mahukan persatuan aku ni jadi persatuan yang bukan kosong dan lompong saja pengisiannya. Sekurangnya memberikan sesuatu sumbangan pada masyarakat terutamanya audien teater. Mencanai minda misalnya. Bukan teater yang berpaksi pada duit dan seronok saja. Bolehkah?

Persoalan bolehkah itu kerap diterjah kepala otak aku kerana aku tahu, aku bukan selamanya akan berteater. Aku aktivis. Berteater perlukan pengorbanan. Pengorbanan wang, aku tak kisah. Pengorbanan tenaga, aku tak kisah. Pengorbanan fikiran, aku tak kisah. Pengorbanan masa, ini yang susah. Kerana berlari-lari di antara kerja hakiki, keluarga dan teater, adalah satu perkara yang sangat memenatkan.

Tapi mana tahu. Beberapa tahun lagi, perjuangan aku akan berubah. Aku akan buat teater demi wang pula. Dapatkan penajaan ratusan ribu, buat teater ala kadar (maklumlah, yang memberi duit dan yang datang menonton tu bukannya tau sangat pasal teater, asalkan seronok tengok), jemput orang besar dan dapat tepukan gemuruh. Siapa tahu kan?

Justeru itu, bila ada kalanya orang tidak faham perjuangan berteater ini, aku rasa sedih. Berteater bukan semata-mata seronok berlakon, bukan semata-mata berfoya-foya. Peningkatan usia dan tanggungjawab membawa kepada pelbagai perubahan. Kalau tidak suka cara itu, ubah saja pemimpinnya, dapatlah nafas baru yang lebih segar. Kalau tak mahu pemimpin baru, pemimpin lama yang lain pun masih ada untuk menjalankan perjuangan ini, dengan cara yang lain.

Letih.......

Tuesday, September 8, 2009

Niat

Kadang kala aku rasa macam nak berteater demi orang-orang besar yang nak datang tengok.
Daripada berteater kerana nak menyuarakan rasa untuk masyarakat.