Thursday, October 29, 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Ketujuh

Kalau ikutkan hati aku, aku memang malas nak berfestival ni. Paradigma aku dah berubah sebenarnya. Dulu aku memang berjuang untuk memajukan teater, memajukan khalayaknya. Sehingga kini pun masih begitu.

Tapi dulu aku merasakan menang di dalam festival teater merupakan satu batu loncatan untuk mempopularkan persatuan aku. Bila orang kenal, orang hormat sikit, macam Akrab dari Kedah. Tapi adakalanya, yang menang dan popular itu tidak aktif pun. Walau pun di peringkat negeri sendiri.

Jadi kini aku lebih suka buat sesuatu yang memprovok minda, mudah, jimat duit, ringkas dan tak menyemakkan kepala. Aku dah cuba dalam Manusia Raja. Rasanya buat masa ini itulah template aku.

Tapi demi persatuan, dan juga demi memberi peluang kepada ahli-ahli baru, maka terhasillah Dusta Pada Skala 1 Hingga 10. Dan Alhamdulillah, rezeki pulak. Memang festival negeri, dah bersedia untuk penilaian.

Tapi demi memantapkan naskhah ini waktu penilaian, beberapa rakan aku telah bekorban menggantikan diri mereka dengan pelakon yang kami sama-sama iktiraf lebih baik di kalangan kami. Tapi sayangnya, aku hanya merancang. Komitmen tak dapat diberikan hinggakan persiapan tergendala teruk. Yalah, naskhah ini memerlukan semua pelakon berada sekali, barulah boleh diperah jusnya. Kalau pakai stand ini pun, tak sama hasilnya.

Dan akhirnya, tepat 11 hari sebelum tarikh penilaian, aku terpaksa merombak dengan mengambil kembali pelakon lama yang mengorbankan diri dan memegang watak lain yang sangat kontra dengan dirinya. Tapi aku bersyukur, kerana sekurangnya sekarang latihan dan boleh berjalan dan dah boleh nampak rupa pementasan itu, walau belum sampai 100% lagi.

Oleh itu, lepas ini, aku harap ramai lagi muka baru dan lama akan tampil berteater. Aku dah tak larat. Dengan tanggungjawab kepada keluarga, beban kerja, aku dah tak mampu membahagikan masa aku yang dah memang sedikit ini. Kalau aku nak berteater pun, sekadar menggunakan template Manusia Raja. Itu pun kalau masih ada yang sudi berteater dengan aku.

Aku buat saja. Supaya mental artistik dan kemanusiaan aku tidak beku.

Wednesday, October 28, 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Keenam

Akhirnya latihan dapat berjalan. Dengan rombakan besar-besaran.

Buat sajalah.

Tuesday, October 20, 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Kelima

Bagi siapa yang sempat menonton Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 pada waktu banjir yang lepas, aku janjikan kali ini penuh dengan kelainan. Aku buat rombakan pelakon. 2 pelakon baru dan juga 1 perubahan watak.

Skrip masih sama, tak banyak perbezaan kerana aku tak sempat nak merombak skrip minit terakhir tu. Cuma pada masa dan ketika ini, para pelakon masih lagi seperti orang yang baru nak mulakan satu produksi baru.

Ini risiko yang aku ambil.

Tawakal sajalah.

Monday, October 5, 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Keempat

Latihan untuk penilaian dah bermula.
Sakit kepala dan bermula.

Pelakon terpaksa tukar, maknanya macam buat baru.
Nak buat prebiu, tak dapat tempat pada masa yang sesuai.

Tapi bersyukurlah kerana dapat juga.

Bump in 1 November, prebiu 2 November
Bump out 2 November, masuk produksi teater kanak-kanak 'Kisah Si Semut'.

5 Nov penilaian Kisah Si Semut.
Malam tu jugak bump in selepas Kisah Si Semut kerana penilaian pada 6 Nov.

Tu tak masuk kena jaga artistik dan tatacahaya Monodrama Jebat: Rahsia Kesumat lagi.

Minggu tu, kalau ada orang kecik hati dengan aku, maka aku minta maaf siap-siap.