Sembang-sembang kosong dengan Sribudi Artistik seringkali saja akan membuahkan ilmu yang baru. Pendek kata (bukan mengatakan beliau itu pendek), beliau adalah antara graha ilmu yang sentiasa terbuka menitiskan pengetahuan kepada pengunjungnya. Bagi siapa yang tidak kenal siapa itu Sribudi Artistik beliau merupakan antara sinografer terhebat di Malaysia ini. Cuma beliau lebih suka memilih untuk memencilkan diri.
Kata beliau, persoalan yang timbul di dalam arena teater Malaysia ialah permasalahan istilah yang tidak sekata. Kita tidak ada istilah khas dalam bahasa Melayu. Kalau ada pun mungkin dalam bahasa Indonesia dan itupun tidak digunakan dengan meluas.
Skop perbualan aku dengan beliau tertancap pada peristilahan teknikal. Contoh yang paling mudah. Ada orang menyebut colour gel. Ada pula yang memanggilnya Color Filter. Kedua-dua benda ini sama kalau mengikut pemahaman kita iaitu sejenis bahan seolah-olah plastik berwarna yang diletakkan di depan lampu pentas untuk menghasilkan warna-warna yang berbeza. Tetapi istilahnya berbeza kerana satu dari United Kingdom, satu lagi dari United States of America.
Begitu juga scenaries atau latar belakang yang menghiasi pentas. Kalau di Amerika dipanggilnya wall drop. Begitu juga penggunaan iris. Sesetengah tempat memanggilnya zoom focus. Ini tidak termasuk lagi istilah yang digunakan di Jerman dan Perancis, yang kalau diterjemahkan, akan membawa maksud yang berlainan bagi peralatan yang sama. Ini suatu isu yang tidak akan selesai walau diseminarkan tiga hari tiga malam.
Tiada yang betul atau yang salah tentang istilah ini. Tetapi sampai masanya, aku rasa, kita perlu menetapkan istilah sendiri dalam bahasa Melayu. Tujuannya supaya ada penyelarasan istilah dan perkara ini sedikit sebanyak akan membantu memajukan teater di negara ini di pelbagai peringkat sama ada amatur mahupun profesional.
Apa kata kalian?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment