Wednesday, June 24, 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Proses Ketiga

Produksi ini baru 50% siap. Aku belum memantapkan lagi lakonan. Sinografinya juga baru di atas kertas dan di dalam kepala. Itu pun baru 30%.

Tapi kalau setakat nak dipersembahkan kepada audien festival, aku sudah boleh menarik nafas lega. Cuma kalau mengikut skala yang aku kehendaki, masih belum tercapai.

Saki baki masa masih ada. Aku akan gunakan sebaik yang mungkin walau ketika ini dihimpit tekanan kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Para pelakon dah berusaha terbaik yang mereka mampu. Pada aku, itulah yang aku mahukan. Aku bukan mencari kesempurnaan, tapi aku mencari usaha.

No comments:

Post a Comment