Monday, June 8, 2009

Jangan Merendahkan Penonton

Dalam banyak ketika aku nak menulis cerita tentang kapitalisme, sistem kemanusiaan, visionari masa depan, politik dan sebagainya. Tetapi kerap kali aku merasakan aku akan syok sendiri. Pelakon dan pengarah tersohor tanah air pernah berkata pada aku (ini bukan quotation, tapi dia sendiri yang berkata depan muka aku), 'jangan merendahkan penonton'. Aku dah cuba buat, aku dah cuba tidak merendahkan penonton. Tapi hasilnya, penonton masih tidak faham apa yang aku mahu sampaikan.

Teater walaupun pada tahapnya sendiri, masih merupakan sebuah hiburan. Atau setidaknya, ada orang merasakan begitu. Ada sesetengah audien datang menonton teater kerana mahu mencabar minda dan pemikiran mereka. Itulah penonton pilihan aku. Tapi bukan semua audien begitu sifatnya.

Maka buat cerita kritik sosial yang penuh dengan hilai tawa adalah cara yang paling mudah. Sememangnya komedi itu ramai yang suka. Tapi tak ramai pula yang mahu cuba buat komedi hitam, tragik komedi atau sebagainya.

Letih aku.

No comments:

Post a Comment